Tuesday, August 4, 2015

Genap Setahun

Assalamualaikum.

Semua sihat?

Apa yang saya nak tulis ni adalah dari hati. Hehehe. Jangan nangis okay?


Assalamualaikum anak Ibu Babah, Ilhamina Maryam. 

Semoga sentiasa di bawah lindunganNya, inshaAllah. 
Hari ni genap setahun awak keluar dari rahim Ibu. 
Hari pertama awak lihat dunia. 
Hari pertama yang awak rasa taknak buka mata langsung. 
Hari pertama awak nampak Ibu Babah secara 'live'.
Hari pertama semua orang excited nak tengok awak. 

Menjelang usia awak 4 bulan, awak mula meniarap. 
Masuk 6 bulan awak dah mula nak mengensot tapi secara reverse. 
Geram je Ibu nak tunggu awak bergerak ke depan. 
Lama juga Ibu tunggu. 
8 bulan baru awak bergerak ke depan. 
Tak lama lepas tu awak merangkak pula. 
Cukup sebelas bulan, awak dah boleh berdiri sendiri. 
Dua minggu kemudian, awak dah berani nak jalan. 
Alhamdulillah, sampai ke hari ni, awak tak putus asa untuk terus maju. 
Tahniah anakku! 

Ibu selalu doakan awak jadi zuriat yang menyenangkan hati Ibu Babah, 
anak yang sentiasa taat dan hormati orang lain, 
hamba Allah yang patuh suruhanNya, inshaAllah, 
Ibu harap Allah dengar setiap rintihan Ibu. 

Ibu tau Ibu ni serba kekurangan. 
Ibu tak sempurna dalam menjaga awak. 
Kadang-kadang Ibu terleka, maafkanlah Ibu. 
Semoga awak membesar menjadi juara, nak!

Okay. Tau, tak sedih pun. Sebab ni dah berapa kali edit. Hahaha. Apapun, anak tetap anak. Kita sebagai orang tua ditugaskan mencorakkan mereka.

Sekian.

XOXO,
ibumaryam

No comments:

Post a Comment